Buntu...Keliru
Firstly..aku tak tahu apa yang aku nak tulis kat sini. Maybe sebab sekarang ni dah jam 5.24 pagi. Maybe sebab aku just penat...or maybe aku sekarang dah bengong. Tiba-tiba aku terfikir balik apa yang aku dah buat kat bumi Amerika ni. Dah lama sangat aku ada kat sini...dah masak sangat aku dengan cara hidup orang amerika, hati budi orang amerika. Bukanlah aku nak dabik dada kata mereka ini yang terbaik, tapi kurang-kurangnya ada juga a few sifat diorang yang aku tabik!
Entah, sepatutnya lama dah aku balik sebenarnya.
Aku screwed up banyak kali kat sini. Aku tak segan bagitau korang, aku screwed up kat sini. Semacam Amerika bukan tempat aku untuk belajar. Tapi aku survive sampai hari ni. Aku survive, berjaya maintain position aku kat US. Although dunia akademik aku di Amerika ni memang stok cibai, and tak ada apa untuk dibanggakan, sekurang-kurangnya di sini jadi medan untuk aku belajar menda lain.
13 Ogos 1999, tarikh keramat untuk aku. Untuk tempoh setahun aku di Alam Shah, cita-cita aku untuk ke Amerika tercapai. Bukanlah aku nak capai kejayaan akademik di sini, just nak tengok marching band yang hebat-hebat kat sini ajer. Ramai kawan aku di SAS tahu hal ni. Or mungkin jugak aku ikut pesanan Cikgu Anisah, cikgu BM and cikgu kelas aku waktu di 5 Usaha dulu. Dia pesan, "Kalau nak masuk perigi yang dalam, pergilah ke UK. Kalau nak belayar di laut lepas, pergilah ke Amerika". Quite honestly aku rasa ada kebenaran pada apa yang dia katakan.
Perumpamaan perigi yang dalam merujuk pada kondisi sekeliling yang tertutup. Yang rigid pada kekangan sosial. Ilusi yang kita ciptakan saja - umumnya kerana kita berada di sekitar ruang keselesaan kita. Kita punya kawan-kawan dari kaum kita, kita punya member untuk tiru homework sama-sama and buat groupwork sama-sama, kita punya member dari kaum yang sama untuk jadi housemates atau roommates, kita punya kawan dari kaum yang sama untuk jadi teman berbual dan kita punya kawan yang sama untuk sama-sama jatuh cinta. Segalanya menjurus kepada sudut yang sama. Warnanya tetap sama. Kita tak sedar sebab kita selalu leka dalam keadaan yang sangat selesa walaupun kita sendiri akui, keadaan itu sangatlah susah.
Laut yang luas bilamana kau tiada siapa dan tiada apa. Ancaman boleh datang dari seribu arah. Dugaan boleh datang dari segenap ruang. Itu yang aku nampak dan itu yang aku rasa.
Dengkikah aku pada kawan-kawan yang lain? Ha ah. Memang aku dengki. Aku dengki sebab diorang punya semangat yang tinggi, diberikan pula kawan-kawan dari kaum sebangsa kalau tak pun senegara untuk sama-sama meniru homework, sama-sama menelaah pelajaran dan sama-sama untuk bergelak ketawa menangis berduka. Aku? Aku belajar untuk menangis sorang-sorang, belajar untuk telan suka duka aku sorang-sorang sebabnya aku tak ada siapa di bumi State College sampailah ada melayu lain yang datang untuk join aku kat sini.
Tahun 2000 dan 2003 ialah tahun-tahun yang paling teruk untuk aku. Aku dipanggil menghadap Dekan School of Engineering sebab aku pilih untuk tarik diri dari universiti untuk semester pertama aku. Aku tak ada pilihan selain berbuat demikian. Keputusan akademik aku sangat teruk waktu tu. Aku dilanda homesick, aku sunyi tanpa kawan-kawan, aku tertekan tanpa kawan-kawan and even worst, aku duduk dengan manusia-manusia yang paling cibai dalam hidup aku untuk tahun pertama aku kat US. Aku tak segan untuk luahkan rasa tertekan aku pada Dean Pathel. Aku menangis depan dia sungguh-sungguh. Tapi lepas tu aku lega sebab aku dapat luahkan apa yang terpendam dalam hati aku.
Tahun 2003 aku sekali lagi dilanda celaka. First sebab aku dilabel agen parti pembangkang dan dipanggil balik dan kemudian aku dilayangkan surat panggilan hutang dari syarikat insuran kereta. Aku jadi trauma everytime ada phone call. Aku takut nak angkat telefon sebab takutkan panggilan dari Malaysian Embassy di Washington DC. Aku rasa aku diekori. Aku balik pada summer lepas sebab aku dipanggil balik walau pun diorang gunakan alasan academic performance aku tak elok, tapi sebenarnya diorang guna tu untuk cover up. Diorang tuduh aku ni agen parti PAS. Aku stood up. Aku kata, kalau betul aku terlibat dalam mana-mana agenda politik atau pun aku ni berpolitik - tunjukkan bukti. Tapi macam biasa, semuanya senyap, semuanya bisu. Tak ada bukti, cuma surat report dari kedutaan M'sia di UK kat Jabatan Perdana Menteri yang menyebut aku berpolitik di UK. Aku ni seolah-olah perwakilan dari Amerika membawa misi besar ke UK. Well, aku rasa bangga juga pada asalnya. Bangga sebab aku sekarang ni dah termasuk dalam senarai orang 'penting'. Dalam pada masa yang sama, aku diancam dengan surat panggilan hutang sebab syarikat insuran kereta kata aku berhutang dengan diorang. Yang pastinya aku nafikan sebab aku tak buat salah. Aku tak bersalah dalam soal accident kereta tu. Besides, bas tu clearly langgar kereta aku and aku yakin aku ada dalam lane aku. Waktu tu waktu snow lebat, keadaan jalan pun tak berapa betul. Bas tu pun aku yakin lebih dari limit kelajuan highway. Just because bas tu berhenti and aku tak berhenti, itu jadikan aku salah. Aku tak berhentikan kereta tu sebab aku nak jaga nyawa 4 orang anak dara dalam kereta aku tuh. Kalau dah sekali brake pun boleh buat kereta aku skid, macam mana pulak kalau aku nak berhentikan kereta aku kat tepi highway? Mahunya aku skid terus terhumban dalam gaung kat belah kanan tu?
Kenapa aku cerita hal ni? Entah..aku pun tak tahu. Mungkin aku dalam stress kot. Mungkin aku simpan menda yang tak patut aku simpan dalam otak aku. Hidup tunggang terbalik. Saban hari aku bertanya kat diri sendiri, apa lagi yang aku nak dapat hari ni? Masalah apa lagi yang akan ditimpakan pada aku hari ni? Macam mana dengan hari esok? Lusa? Tulat? Minggu depan?
Aku cuba bertahan. Aku akan bertahan. Tapi ada masa-masanya aku rasa nak rebah. Ada masa-masanya aku rasa aku cuma bertongkat pada tongkat yang reput. Tunggu masa untuk aku snap. Bila aku snap nanti, everything will be ugly. Tapi aku tak putus doa pada Tuhan, kalau ini Dia nak bagi, Dia tentu tahu aku pasti boleh hadapinya. Aku cuma minta Dia kuatkan hati aku, teguhkan hati aku, berikan aku kawan-kawan yang setia untuk bantu aku hadapi apa yang aku sedang hadapi ni. Itu ajer. Dan akhir sekali, aku nak graduate dengan selamat di sini. Itu ajer, itu ajer yang aku mintak.
Last sekali bila aku balik ke M'sia, aku tahu aku bukanlah orang yang aku pernah kenal 5 tahun dulu. Jenaka aku bukan macam jenaka yang dulu, serius aku bukan lagi serius yang dulu, senyum aku bukan senyum seperti dulu dan duka aku bukan macam duka yang dulu. Dimensi baru untuk manusia yang baru, untuk manusia yang baru lepas tamat universiti kehidupan.
No comments:
Post a Comment