Thursday, February 26, 2004

Blog: Di antara yang tertutup dan yang terselak

Ahaaa...apa kah blog kita ni boleh dikategorikan sebagai rahsia peribadi? Ni persoalan yang selalu ada pada penulis-penulis blog. Pada peringkat mana kita patut berkata,"Stop!", untuk diri sendiri supaya tidak keterlaluan isi yang kita letakkan di blog ini? Adakalanya kita terlalu meletakkan seluruh isi hati kita di sini hingga tiada ruang privacy pada diri sendiri. Biasanya hal ni terjadi disebabkan nafsu menulis yang tak kenal sempadan, ruang privacy dan ruang public.

Bagi aku, aku ada dua diari. Satu diary online, which is this blog, dan lagi satu diari bertulis, buku diari aku sendiri. Perkara yang sangat-sangat sensitif akan aku masukkan ke dalam diari bertulis aku. Soal hati dan perasaan, yang mana yang aku rasa tak berapa kisah sangat tu, bolehlah letak kat sini kot. Yang involve orang-orang yang aku tak mahu orang lain tahu, aku simpan ajer di buku diari aku. Hal-hal yang menggembirakan, yang aku rasa akan bawa kegembiraan pada orang lain yang membacanya, akan aku letakkan di sini.

Mostly, my thoughts are here. They are opened for scrutiny. Aku tak kisah. Kalau orang komen yang buruk-buruk pun, aku tak amik pusing sangat sebab tak luaknya aku - aku tak kenal diorang! Hehehehe..unless kalau orang-orang yang rapat dengan aku tegur aku tu, aku amik pusing la jugak sebab aku sayang and respect diorang. So, itu lain cerita, ok?

Hal-hal Semasa di USA

Well...lately US gempar dengan dua perkara. Perkara pertama disebabkan perkahwinan gay di San Fransisco and perkara kedua, Alan Greenspan, Federal Reserve Chairman sibuk nak cut budget untuk Social Security benefit untuk baby boomers. Isu pertama tu memang aku gempur habis-habisanlah sebab di luar tabi'e manusia kan. Brian pun memang bang giler-giler la, although dia mengaku dia bukan ler Republican ke, conservative ke or devout Christian. So, it makes two of us object the issue of gay marriage. One point yang interesting aku terbaca di Daily Collegian, ada student tulis kat ruangan opinion - "They have the marriage right, They just don't use it". Betul gak, semua orang ada hak untuk berkahwin cuma cara dan pilihan diorang ajer yang tak kena dengan common norms.

Pasal Greenspan punyer cadangan pada Kongress, memang jadi modal untuk calon Demokrat hentam Bush's administration lah. in fact, ramai Republican mula menjauhkan diri dari Bush's administration sebab takut hilang populariti dalam soal Social Security benefit. John Kerry and John Edwards mula main isu nih. Biasalah, mesti gunakan peluang terbaik ni untuk hentam Bush habis-habisan. Kenapalah tak ada situasi yang macam ni kat M'sia aa? Open and fair political debate.

Hai...orang M'sia ni, nama ajer diberi pendidikan universiti, disuruh punyai mentaliti first class punya, tapi bila bersuara tentang isu keterbukaan dari segi politik, ekonomi dan budaya, habis semua diISAkan.

No comments: